Saturday, April 9, 2011

lapan belas

Bismillah.

Alhamdulillah, keadaan hidup seperti kebiasaannya. Kuliah - balik rumah - makan - mngulangkaji - tidur. Misr tanah bersejarah mencipta wajah baru. Sampah yang makin berkurangan, penduduk - penduduknya yang makin lembut, kegiatan - kegiatan IM semakin terbuka, dan polis yang masih lagi tidak berkuasa sampai ke detik ini. Namun, pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Tentera Mesir masih lagi dipatuhi. ' Curfew ' masih berkuatkuasa. Pasport digalakkan untuk dibawa ke mana-mana. Keluar untuk ke tempat yang jauh mesti dimaklumkan pada pegawai. Segala bagaikan mimpi. Pengalaman detik - detik revolusi masih terbayang - bayang. Angin deruan 25 Januari seolah - olah masih terulik di bumi Misr.

Semangat belajar yang mengambil masa dua minggu untuk pulih memang sesuatu yang sangat terbeban. Apa apa pun perjuangan harus diteruskan. Every week ada test. Final dijangka 29 Mei. Tiga minggu extend dari tarikh yang sepatutnya, 7 Mei. Habis exam paling cepat awal bulan Julai. Balik Malaysia dalam akhir bulan Julai insyAllah. Allah knows best. Alhamdulillah. Siapa sangka segala kejadian balik semula ke Misr ini berlaku dalam masa yang singkat dan lancar. All praises to Allah. Jadikan kami golongan yang bersyukur. Ameen.

Hana Maisarah, Cikha loves your name. Sangat sedap dan lembut. Semoga menjadi anak yang solehah ye. Tak sabar nak jumpa! I miss my handsome boys and beautiful girls. Selalu teringat kat anda - anda semua. Selalu ingat Cikha di sini ya. Hehe. ;))

Next entry, tak tahu bila pulak. Taklifan yang besar menanti kami semua. EXAM ! Tak tahu macam mana kami habiskan berpuluh - puluh buku tahun lepas untuk menghadapi final exam. But, we will do it again this year. Some kind of miracle. Hehe, tak adelah. Allah helped us. Baca sampai termuntah- muntah, hafal sampai pening, tidur kadang - kadang kat mana - mana je. Tak tidur langsung pun penah. Tapi nikmatnya habis exam dan dapat result yang baik tu, Allah je yang tahu. Namun, kita selalu lupakan Allah bila ujian yang diberiNya kita dapat hadapi dengan baik. Sebelum nak exam, bagai nak rak minta dengan Allah. Bila dah habis exam, usaha nak minta tak sama macam sebelum exam. Ampuni kami ya Allah. Semoga lepas ni, kita lebih peka dan banyak muhasabah diri. Thabatkan diri kami ya Allah.

Kawan A : Kenapa tak nak sokong orang yang beri kita duit, gaji, kerja sume? Pandai nak guna duit mereka tapi not show some appreciation langsung.
Kawan B : Abis tu kalau kita dapat ilmu dari guru non - muslim, adakah kita kena ikut sokong agama dan ajaran dia kalau nak ambil dan amalkan ilmu yang dia ajar tu, sedangkan kita tahu agama dan ajaran yang dibawa tu terang - terangan menyalahi syariat islam.
Semoga Allah berikan hidayah padamu kawan. Islam tak perlukan kita, kita yang perlukan islam! Note this! ;))

' And never give up hope of Allah's soothing Mercy : Truly no one despairs of Allah's soothing Mercy except those who have no faith. ' [ Yusuf : 87 ]

Wednesday, January 26, 2011

reformasi bukan rusuhan


bismillah.

Kejadian rampasan kuasa yang berlaku di Tunisia membuatkan rakyat Mesir tercabar untuk melakukan perkara yang sama. 25 Januari 2011 mencetuskan reformasi yang hebat di bumi Mesir. Hari Polis yang merupakan cuti am untuk semua penduduk Mesir khasnya para polis telah mencipta sejarah. Polis yang sepatutnya cuti pun tak dapat bercuti kerana kebangkitan para reformis independen di Mesir.


Tahrir, iaitu pusat bandar di Kaherah mencetuskan reformasi yang sangat hebat. Kami yang masih berada di fatrah imtihan pada 25 januari itu kurang mengambil tahu tentang kejadian refomasi yang berlaku di bumi Mesir ini.

26 Januari, merupakan tarikh keramat tamat imtihan 'midyear' kami dengan rasminya. Saya bersama sebelas sahabat yang lain berkobar-kobar untuk pergi membeli-belah di Abou Ela untuk persediaan ke Sinai. Kami diiringi dengan dua orang musyrif. Tremco yang dijanjikan untuk sampai pada jam 7.30 petang lewat sejam. Biasala orang Arab. Kami bemonolog.

Sepanjang perjalanan kami ke Abou Ela kami dapat menyaksikan orang ramai berkumpul memprotes di depan bangunan kerajaan Mesir. Kami membuat andaian kami sendiri dan berkata-kata sendirian. Pada masa ini, hanya orang-orang awam yang dilihat tanpa Polis dan FRU Mesir. Pemandu tremco memberhentikan kami di lorong Abou Ela. Saya yang duduk di tepi pintu tremco membuka pintu dan turun bersama seorang rakan. Musyrif yang telah turun dari tremco tiba-tiba melihat ke arah kami dan bersungguh-sungguh menyuruh kami masuk semula ke dalam tremco. Rupa-rupanya para reformis Mesir berlari menuju ke arah kami setelah diserbu Polis dan FRU. Tersentap sekejap apabila melihat begitu ramai manusia berlari ke arah kami. Musyrif yang berwajah putih itu merah padam mukanya. Mungkin 'cuak'. Kecoh satu tremco dan kami mengambil keputusan untuk balik memandangkan keadaan yang sangat tidak mengizinkan.

Tiba-tiba pemandu tremco memberhentikan kami di sebelah sungai Nil yang sangat berdekatan dengan Abou Ela dan menyuruh kami menelefonnya kembali setelah siap membeli. Lalu dia pergi begitu saja. Kami 'blurr'. Tiba-tiba kawan kami, berkata, ' Eh, bukan sungai Nil kat Tahrir ke?' Saya tersenyap. Hah! Maknanya Tahrir dan Abou Ela dekatla. Dan sangat dekat!! Baru kami tahu. Tiba-tiba ada orang arab datang ke arah kami dan berkata, ' You have to go back now or anywhere. Please dont stay here! ' Setelah berbincang dengan musyrif, kami pun berjalan ke mahattah di akhir Sungai Nil untuk mencari tremco. Sepanjang perjalan kami ke mahattah, trak-trak polis tersusun dan Polis serta FRU tersusun dalam barisan sambil memegang batang besi dan penghadang. Ada sebahagiannya memandang serius ke arah kami. Kami kuatkan diri untuk berjalan dan memberitahu satu sama lain, ' Jangan pandang polis-polis tu. Buat tak tahu je. ' Alhamdulillah kami sampai di mahattah.

Cari punya cari, namun tremco kami tidak dijumpai. Musyrif telefon pemandu tremco dan dia menyuruh kami balik semula ke Gami' Abou Ela. What? Hmm, kami pun ikutlah musyrif kami yang telah sedia cuak dan sangat berusaha. Sebaik fasih berbahasa arab! Kami berjalan melalui jalan yang sama kami lalui tadi. Pada waktu itu sekatan kereta oleh polis telah bermula dan agak susah untuk kami berjalan melepasinya. Musyrif kami memberanikan dirinya untuk bercakap dengan beberapa anggota polis dan polis menyuruh kami pulang ke mahattah. Hmm, ikut jelah. Polis yang suruh kan. Sampai di mahattah, musyrif cuba memujuk seorang pemandu tremco untuk menghantar kami ke Gami' Abou Ela.

Pemandu tremco yang mungkin kasihan pada kami menerima dengan syarat bayaran 30 LE untuk perjalanan yang hanya mungkin sejauh sabi' ke Kuliah Banat. Atau lebih dekat. Tapi tak apa, bak kata kawan kami, ' Keselamatan tiada nilai. ' Pemandu tremco pun membawa kami melalui sekatan- sekatan polis ke Gami' Abou Ela. Setelah melepasi sekatan, tremco memasuki jalan kecil berbandng jalan tadi. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan das tembakan bertubi- tubi. Bak kata kawan saya, ' Tembak angin keluar asap mata pedih. ' Gas pemedih mata! Dan asap mula merebak betol-betol di belakang tayar tremco kami. Alhamdulillah. Kalau kene tremco bocor jawabnya. Mata mula terasa pedih dan keadaan semakin huru hara. Manusia di luar tremco berlari-lari. Takut dan senyap mula membuak- buak.

Musyrif menelefon pemandu tremco utama kami dan menyerahkannya kepada pemandu tremco 30 LE kami. Dia sangat sangat marah pada pemandu tremco utama kami sebab cakap berbelit-belit sambil berkata dengan sangat kuat seluruh jiwa raga, ' Anta fin? anta fin? ' Mungkin dia takut dan dalam masa yang sama tidak sampai hati mahu meninggalkan kami di tepi jalan yang huru hara itu. Semoga Allah membalas jasanya. Dia berhentikan tremco di bawah 'fly-over' dan menunggu pemandu tremco utama kami dengan marah marah. Di atas 'fly-over' itu FRU bertubi-tubi melepaskan tembakan. Hampir menangis diri ini. Pemandu tremco sampai dan bergaduh kejap dengan pemandu 30 LE dan ditenangkan oleh musyrif.

Kami pun masuk ke dalam tremco sebenar kami dan merasakan semuanya telah berakhir. Alhamdulillah. Namun, perjalanan yang dirasakan selamat dan lancar hancur begitu saja. Apabila sampai di satu lorong yang hanya tremco kami saja yang satu-satunya kenderaan di situ, kami terlihat sekumpulan reformis berada di hujung jalan kami. Pemandu tremco membunyikan hon untuk melalui jalan itu. Tiba-tiba para reformis mengepung tremco kami dan mengetuk-ngetuk cermin dengan tangan mereka. Hanya Allah yang tahu apa perasaan kami. Hanya doa terucap. Tiba-tiba reformis tersebut membuka pintu tremco kami dan hanya Allah yang tahu kerana saya yang berada di sebelah pintu. Tapi apabila melihat kami bukan 'misrian' mereka tersenyum dan ada yang tunjuk 'peace' dan menutup pintu semula. Mungkin untuk menenangkan. Itulah kemuncak peristiwa kami pada malam itu. Kami pulang ke rumah dengan sangat bersyukur. Sepanjang perjalanan balik, masih ramai para reformis dan polis serta FRU berkumpul.

Komen saya, melakukan demo tanpa kerosakan tidak salah asalkan untuk menegakkan kebenaran. Seorang yang melakukan akan mempengaruhi yang lain. Alhamdulillah, tiada pertumpahan darah yang berlaku. Dan dijangka protes ini akan tamat dalam masa dua minggu lagi.

mode : Bersyukur kerana dipilih Allah untuk merasai reformasi di Mesir. Dan bertambah bersyukur lagi kalau kerajaan zhulumat ini dapat digulingkan. ;))

wasalam.