wasalam
Thursday, October 14, 2010
SC1
bismillah.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami AB berkumpul untuk menjalankan semula smart circle iaitu satu sesi keagamaan dan pemantapan hati dan jiwa selepas hampir tiga bulan kami tawakuf. Senang kata usrah. Cuma kt sini perkataan tu agak 'haram' digunakan. Rindu sudah terubat, rohani sudah terisi, sekarang mari kita share. Sharing is caring. =))
SC kami bermula selepas solat isyak dalam jam 7.45 malam. SC ini di'conduct' oleh Along sebab ummi tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Selepas buka majlis, kami mengadakan sedikit pembacaan ayat al-quran dari surah as-saffat bermula ayat 1-5. Selepas itu kami membincangkan tajuk berkenaan manusia itu seorang daie. Mengikut kaedah usul fiqh, sesiapa yang mengucapkan kalimah tiada tuhan selain Allah, maka dia adalah seorang pendakwah. Maka dengan itu, tiada istilah bagi seseorang muslim itu untuk tidak menjalankan amanah berdakwah. Berdakwahlah walau melalui tauladan dari diri kita sendiri. Mungkin hanya dengan berdakwah melalui status FB dapat menjetik kesedaran pada salah seorang dari beratus-ratus pembaca. Ganjaran besar yang Allah janjikan. InsyaAllah.
Kami juga para AB telah diingatkan oleh along kami tentang tujuan manusia diturunkan di bumi. Ada 3 tujuan umum. 1. Beribadah. 2. Khalifah. 3. Pemegang amanah. Duduklah walau dimana-mana pelosok di dunia ini, jika kita faham akan tujuan ini, biiznillah kita akan menjadi hamba Allah yang mantap.
Setelah itu bermula tajuk utama SC kami iaitu Taqwa dan Hati. Taqwa sentiasa berkaitan dengan hati. Imam Ghazali menyatakan bahawa hati merupakan raja dalam badan dan tentera bagi hati ialah zahir dan batin. Zahir adalah anggota badan manakala batin adalah seperti marah, nafsu dan sangkaan. Raja merupakan pengawal bagi tentera-tenteranya. Jika buruk rajanya, maka rosaklah tentera-tenteranya.
Saidina Ali menyatakan hati yang suci mempunyai tiga ciri.
1. Suci : Yakin dengan Allah dan redha akan ketentuannya.
2. Lembut : Berlemah-lembut dengan saudara dan taulan.
3. Keras : Tetap pendirian dengan Allah walau apa-apa pun yang berlaku.
Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi mengaitkan 8 perkara yang boleh mematikan hati.
1. Mahu Allah menunaikan hak kita, tapi kita tidak tunaikan hak Allah. Seperti solat lambat, tidak puasa. Jangan mengeluh jika Allah lambat kabulkan doa kerana mungkin hak kita terhadap Allah tidak sempurna. Yang paling 'obvious' adalah solat tidak diawal waktu.
2. Baca quran tapi tidak melaksanakan tuntutan Al-quran.
3. Cintakan nabi tapi tidak mengikut sunnah-sunnahnya.
4. Takutkan mati, tetapi tidak mempersiapkan diri.
5. Mengetahui syaitan itu musuh, tetapi masih mengikutinya.
6. Takutkan neraka, tapi tidak menjauhi kemungkaran.
7. Hendakkan syurga tetapi tidak berusaha ke arahnya.
8. Sentiasa ingat kesalahan orang lain, tetapi tidak ingat kesalahan sendiri.
Peluru-peluru syaitan :
1. Perasaan marah.
2. Nafsu syahwat.
3. Perut yang kenyang.
4. Suka perhiasan.
5. Gopoh-gapah.
6. Suka duit.
7. Kedekut.
8. Assabiah.
9. Mudah buruk sangka.
10. Fikir zat Allah tanpa ilmu.
AB tersayang :
Ummi Aina
Along Dayah
Angah Widad
Acik Nisa'
Alang Ummu
Ateh Asiah
Uda Husnaa
Anje Mimi
Usu Farizah
Adek Hajar =)))
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment