Wednesday, May 5, 2010
b u t a ~
ni la jadual yg btol2 punyer btol da~
bismillah..
assalamualaikum w.b.t..
Setengah jam diperuntukkan untuk menyampaikan ilmu di sini. Semoga setengah jam yang ada ini dapat dimanfaatakan sepenuhnya.
Apabila mata terlihat tarikh di laptop, jantung seakan berdegup kencang. Seakan berlakunya the release of adrenaline hormone (symphatetic stimulation) leading tu vasodilatation of the coronary blood vessel and increase the venous return, stroke volume, cardiac output, ABP, and automatically heart rate. Physiology, the first subject that will come in the exam. But nothing much to worry about, as long as I have Allah, you have Allah and we have Allah. Just put the full trust on Him, and everything will be more than better. InsyaAllah. =)
'Erti hidup pada memberi.' Kata-kata dari ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali dengan saiful islam. Lama dah hati ini tak terisi dengan makanan rohani. Kali terakhir SC pun 2mggu lepas. Alhamdulillah, kemudahan yang ada sekarang seperti internet ini memudahkan lagi diri insan-insan untuk mencari benteng-benteng hati. Type the title and click search. Mudah dan tepat. Dan lebih mudah lagi, lawatlah blog-blog para pendakwah yang sentiasa thabat dalam memperjuangkan islam. Cukuplah sekadar ketukan untuk diri ini supaya sentiasa menyedari diri dan menjadi golongan yang sedikit iaitu golongan yang sentiasa bersyukur.
Cuma untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi sebuah cerita yang mungkin sudah sinonim atau tidak dengan kita semua. Kisahnya bermula sebegini ..jeng jeng jeng...
Seorang sahabat yang buta pada zaman Rasulullah terkenal dengan seorang yang sering menunaikan solat di masjid. Pada suatu hari sahabat ini hendak pergi ke masjid dan beliau telah terjatuh kerana ditolak syaitan dan bajunya habis kotor. Namun itu tidak mematahkan semangatnya. Beliau pulang ke rumah dan menukar pakaian yang bersih lalu berjalan ke masjid lagi dan ditakdirkan Allah beliau terjatuh lagi dan habis pakaiannya kotor. Dan seperti biasa beliau masih pulang ke rumah dan menukar pakaian bersih. Buat kali ketiga, beliau ditolak lagi oleh syaitan, namun beliau tidak sempat jatuh ke tanah kerana disambut oleh makhluk Allah dan bajunya tetap bersih seperti sediakala.
Dan persoalannya, apakah atau siapakah yang telah menyelamatkan beliau daripada terjatuh dan mengapa? Mungkin ramai da kot yang tahu. Kalau pergi majlis atau program, kebanyakan mesti orang akan jawab.. malaikat. Namun hakikatnya, makhluk yang menyelamatkan beliau adalah syaitan sendiri. Kenapa dan mengapa?
1) Jatuh kali pertama, Allah ampunkan dosa-dosanya.
2) Jatuh kali kedua Allah ampunkan dosa-dosa orang sekelilingnya.
3) Dan jika dia jatuh kali ketiga, Allah akan mengampunkan dosa-dosa semua muslimin dan muslimat. Sebab itulah syaitan sambut beliau supaya tidak jatuh. Kalau tidak sia-sialah usaha syaitan laknatullah selama itu.
Kesimpulannya, buat muslimin-muslimin di luar sana ambillah pengajaran dari kisah beliau ini. Seorang yang buta sanggup bersusah payah untuk mendapat redha Allah dengan ke masjid. Apatah lagi kita semua yang cukup sifat ini. Fikir-fikirkanlah.
Maafkan daku ya Allah kerana sukar menepati waktu.
doakan saya untuk final exam! rabbunayusahhil. =)
untuk anak buahku, Samihah Humaira', happy birthday kakak. Cikha rindu sangat. Tak saba nak jumpa. Ini lagu special untuk kakak. =)
wasalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat dik...
ReplyDeleteselamat jawab exam, selamat mengamalkan, selamat mengisi masa,selamat dlm perjalanan dan selamat kembali ke malaysia........=)
tak tunjuk lagi kat kakak ni. nanti sabtu ni kda tunjuk. TQ nway...miss u :)
alhamdulillah, ayah rasa x sia-sia ayah didik adik dengan menghantar kesekolah intigrasi dan seterusnya ke egypt untuk menuntut ilmu dibumi kelahiran maknusia yang paling durjana terhadap Allah dan juga bumi yang banyak dilahirkan para nabi dan rasul.
ReplyDeleteayah doakan adik sentiasa berada dibawah perlindungan Allah sepertimana dipadang mahsyar nanti tidak ada naungan melaikan naungan arasy RabbUl-Jalil. ayah doakan juga adik sentiasa cemerlang dalam setiap exam yang adik hadapi. adik boleh!!!!!!!!
ayah mohon maaf jika sepanjang ayah didik adik terdapat perkara yang tidak sepatutnya ayah lakukan. jangan sekali-kali adik ikut jejek langkah ayah melanggar perentah dan suruhan Allah. jangan sesekali adek tinggal sembahyang walau dalam keadaan apa sekalipun dan walau dimana kita berada, misalnya kita berada ditengah-tengah orang kafir dan sekeliling kita semuanya orang x sembahyang sekalipun. kerana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut 45: "sesunguhnya sembahyang itu boleh mencegah (seseorang yang sembahyang) dari melakukan perkara-perkara keji (durhaka kepada Allah) dan mungkar (maksiat)
x sabar ayah nak tunggu kepulangan adik.

terima kasih ayah.=')terharu adk bace. alhamdulillah syukur sbb Allah kurniakn mkayah utk adk. adk minta maaf sbab adk tau adk byk buat salah kat mak ayah. terima kasih atas segala2ny. xtersenarai segala knimatan yg Allah bg kt adk mlalui mkayah. adk pun xsaba nk blik jugak. doakn adk kt sni. bru abis satu exam. ade lg 10 exam ni. =)
ReplyDelete